Wednesday, January 20, 2010
IntroduCtioN tO ChikunGunya
DEMAM CHIKUNGUNYA
Demam Chikungunya adalah penyakit
viral yang menjangkiti manusia melalui
gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.
TANDA DAN GEJALA
Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa
dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau
sindrom shock (shock syndrome).
Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:
• Demam
• Kesejukan
• Sakit kepala
• Letih
• Loya
• Muntah
• Sakit otot
• Ruam
• Sakit sendi.
Rawatan
Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun
dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat
penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai
gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera
Pencegahan
Tip-tip semasa mengembara/bersiar
• Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar,
terutama semasa di siang hari.
• Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
• Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau
penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk
Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan
lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam
rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan.
Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi.
Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin
minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment